KOP TRADTECH SDN BHD (1141285-A)
Keperluan Anda, Keutamaan Kami
KOP Tradtech Sdn. Bhd. (KTSB) adalah sebuah syarikat milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia yang merupakan syarikat berasaskan penjualan dan pembelian (perdagangan) serta pembekalan barangan berasaskan teknologi dan IT.
Diasaskan pada bulan Mei 2015, KTSB menyediakan platform penjualan & pembelian barangan melalui perolehan dan kontrak kerajaan. Selain itu, KTSB juga menyediakan kemudahan bekalan kasut serta proses tuntutan kasut yang mudah bagi warga PDRM seluruh negara.